CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
exceeding limitation beyond expectation.aiming for mumtaz in order to be a successful muslim doctor!

PERHATIAN!

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

kotak membebel~

Monday, December 28, 2009

demam exam!!

exam midterm bermula pada 20 february 2010
yep.lambat lagi pon
lebih kurang satu bulan setengah
tapi!!
nak kene kaver banyak topic doe
boleh dikatakan,semua
bpelajar2 tahun satu medic tanta
dah start prepare dengan cara masing2
menggelabah semua
mana taknye
exam nih beri 30% carry mark lah
doakan aku!!
sory tak update lately
quite bz
hahhaah~

jalan2 di cairo..


masjid sayyidah nafisah


bergambar dengan ahli rumahku
belakang itu,masjid sultan hasan~

kubah masjid imam alsyafie,terdapat kapal
yang menjadi simbolik utk dirinya yg suka
berlayar mencari ilmu



aku.hairy.di dalam masjid sultan hasan~

cerita nih dah lama dah
2 minggu lepas
ana n sahabat ana pergi ziarah
maqam2 dan masjid2
di sekitar bandar cairo
antaranya,
maqam sultan hassan
maqam sayyidah nafisah
maqam syeikh abdullah syarqawi,
maqam imam hanafi,
weeee
alhamdulillah aku berpeluang ke sana!

Tuesday, December 1, 2009

Teringat

Rindu famili sangat2. Ana uhibbukum awi..

Sawang.habuk.debu

Assalamualaikum.sudah lame xon9.sbb tu blog ni dah bersawang. Skrg ni on9 via mobil. Lupa plak.Selamat Hari Raya Aidil Adha..kat egypt,raya ini sungguh meriah. Gameah(univ.) siap cuti 10 hari. 4 ya infrmtion,aku dlm Egyption Railway ni.ala2 Ketapi Tanah Melayu. Aku naik from alexandri ke tanta. Kelmarin gerak cairo.best jd musafir.ana will upload pitca later ok. Babai.maassalamah!

Thursday, November 5, 2009

sejuknye~



musim sejuk tanta dah mula!!

gambar2 baru ~

gambar2 baru daku di tanta
dah diupload di facebook!!!
dah add ke belom??
dr.anep@yahoo.com
komen lah!

dah pindah umah

pindah dari siberbay ke ma'rad
rumah baru,tingkat 4
cantik,menarik,tertarik!!
datanglah ziarah..
babai..

Tuesday, October 27, 2009

cikgu fisiology cakap..

''dont you happy if you got high mark because copy all the knowledges,
but you may happy because you think the knowledge''

''learn,learn, and learn..
don't waste your precious ages..''

semangat menuju mumtaz!!
seronok3!!
wish me luck~

hujan + saratoga

27 oct 2009,
mesir hujan..satu keplikan
jarang berlaku
menandakan musim sejuk
telah kunjung tiba~


btw,
i've bought my saratoga!!
a.k.a lihaf in arabic~
ta paham lagi??
saratoga tuh selimut tebal lah
130 L.E da price~

Sunday, October 25, 2009

emak daku~

selamat hari jadi
mak-ku..

peace,
doakan saya diperantauan!
26 oct 2009~

Saturday, October 24, 2009

forbidden eh facebook??

satu petang di tanta,
aku berinternet..
seperti biase,
on fb,ms,ym..
tiba2
ade sorang lelaki arab muda ni,
menyapa daku,
die speaking arab..
mula2 aku buat paham..
then,die macam serius.
aku suruh die cakap english.
die cakap.
facebook is forbidden!
start 24hb~
betul ke??
adehh.terpakse aku off fb~
itu sahaja.
tak de perasaan,

Tuesday, October 20, 2009

pak arab sengalicious!

kepelikan mesir!!


JGN AMBIL GAMBAR PAK POLIS,
NANTI KO KENE TANGKAP.
PENJARA BAWAH TANAH!

sengal~

bahagia~


lepas dah rindu aku!!
satu jam berhubung ngan famili daku~
via skype!!
besttt..

sakit perut!!

dah dua hari sakit perut.
adeh.
senyum~ 

sebab ape eh??
kuftah??
syawarmah??
makarona walahma??


ke makanan yg di msak sendiri??
haha

Saturday, October 17, 2009

egypt medical student eid celeb!

semalam,16 oct 2009
kat rumah malaysia,cairo
seronok

makan satay,
rendang!!
bayaran 5 pound~


tapiii..
raya dah nak abes
apesal baru de jamuan?
mushkil~


bestt

jumpe kawan2!!
uni alex,cairo,mansoura n zagaziq ~


daa!

Wednesday, October 14, 2009

mengenai tanta-ku!


first of all,
mari kita betulkan sebutan tanta tuh~
thontho..
once again,thontho..
hehehe~
seronok2!!


alhamdulillah,
sini aku sehat,
tak de lah demam2 ke
almaklumlah,skrg musim sejuk!
best!cakap mesti kuar asap..hehe~
cume batuk2.n dah bli ubat..
7.25 pount egypt.


hmm,
rumah yg sepatutnte aku sewa tuh 
lom siap lagi..
umah kondo.tapi lua macam
setinggan!
geggee~
so,skrg menumpang umah senior
die blaja kat alazhar.
thanks to dat abg!


pasal blaja plak.
sgt menarek!
sumpah suka medik.
cinta medik!
haha,,
biochem,
fisiology.
anatomy.
histology.
sume lecturer ajar dalam
english..tapi!!
sebutan english die ada slang arab2 sikit!!
hehehe~


hmm..
kangan bangat sama famili..
takpe2,
mak,abah,abglong,sera!!
tunggu kite balik taun depan!!
hehe~
kalo ade rezki,balik lerrr.
kalo tak,cadangnye nak gi rome!
gegeege~


nak gi kelas nek trenco!
0.5 pound~


keh
smpai sini jep!
babai~
wasalam!

Tuesday, October 13, 2009

tanta!!

assalamualaikum
4 da moment
no post will be posted
becuz of
there is no internet in my new hz
in egypt
no wireless yet~

so.
wait ya!!

salam frm me,
budak egypt!!

Tuesday, October 6, 2009

goodbye malaysia!


aku dah tukar ic!!

salam.
hari2 yg ditunggu2 dah tiba
malam ni,aku off ke cairo,egypt!
wah.exited!!
sedih jgak.
sbb jauh sgt kot sna!!
hehe~
takpe2
kan internet ade.
leh ym,skype ngan famili~
heheh!
diorang pon leh baca
coretan aku nih.
tak lama mana pon aku kat perantauan
sekejap je.
6 tahun.
hidup dengan buku yg tebal2.
macam seronok!
weee.susah kot.
tapi..mana ade bende senang
dalam dunia nih.kan3?
berceloteh2..
harap2 kat sana dapat
mulakan idop baru.
yeay!welcome to my new life!!
esok naik flight 12 jam
tido je kot.plus makan.
haha.
ok.
kalo ade ape2,
akan ku update lagi!!
daaa~

Sunday, October 4, 2009

sape rase dirinye bijak?*tekateki*

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....




Ready? GO!!! (lihat bawah)




*Soalan Pertama:*


Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




*Soalan Kedua:*


Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?dek kerana anda yg terakhir!


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?




*Soalan Ketiga:*


Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...


Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?


Jawapan sebanar adalah 4100.


Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


*Soalan keempat:*


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1.. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.


Namanya Mary. Baca semula soalan!














*Okay, cuba jawab soalan bonus:*


Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.die hanya buta.
Mudah sahaja.




HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASKAN DIRI MEREKA BIJAK.


Selamat bergembira..


kejadian-ku.




happy besday to me.

4th oct 1991~
sweet 18th
alamak.gettin older.hehe~

p/s, creds 4 those wish me!

Saturday, October 3, 2009

bosan



suke pic nih!
harap maklum~

Friday, October 2, 2009

nak kawen?

K.A.H.W.I.N

perlu ke fikir dr skrg??

aku rase perlu KOT!!


gambar hiasan~

emak ku bilang ;
jgn carik isteri doctor..
nanti payah hidup. tak teratur.
jgn pula kau bawak minah arab
jd menantu~


haha..
betul ke? entah lah..
semuanye Allah tentukan
dimana kita hanye mampu merancang~

tapi!! kalo tak carik isteri doctor,
bila mase aku nak carik calon??
takkan lepas balik dr egypt baru nak terhegeh2 carik calon??
persoalannye..
aku takleh bercinta masa blaja ek? haha!!sedeh la pulak.

Wednesday, September 30, 2009

denial!!

hey!
i've sumting to share wit ya!
its about my becoming new life
as med student.
here,
some words to express my new havoc life!
where some pepel alwys say..

''jadi doc takde lifelah''
''sibuk dengn pesakit''
''susah bila dah berumah tangge''

wat eva.i grabbed this chance n oportunity
after tink wisely..
i''ll never ever dissapointed wif my conclusion
to be a muslim doctor..


The key to surviving medical school is denial.

We deny that we’re tired;
We deny that we’re scared;
We deny how badly we want to succeed,
Most importantly,
we deny that we’re in denial.
Sometimes reality has a way of sneaking up and biting us in the ass.
And when the dam bursts, all you can do is swim.
The world of pretend is a cage, not a cocoon.
We can only lie to ourselves for so long.
We are tired, we are scared, denying it doesn't change the truth.
Sooner or later we have to put aside our denial and face the world.
Head on, guns blazing. De Nile. It's not just a river in Egypt, it's a freakin' ocean.
So how do you keep from drowning in it?

i copied these words frm one of the internet blogger.
eventho the language is simple,easy to understand
but it gives a lots of meaning to me!!
pray for my success.love ya!
btw,credits to the bro give me the permission to copy!
(i gess u let me copy even u didnt say anytin)
haha..

sampai bila nak bg alasan??

Salam perjuangan buat para sahabat!!!

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam & tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu & teman seperjalanan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja : " Mahukah anda bersama-sama saya mengemudi perjuangan bersama dengan kafilah dakwah ??? "

Kata anak muda yang masih belajar : “ nanti dulu , saya baru daftar universiti, saya nak fokus study. Belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama. Nak bantu family. Exam dah dekat.. Banyak assignment.. Saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab & malas. Lagipun saya sibuk laa..mak ayah tak izinkan…bila saya graduate nanti saya join la dakwah nie…”

Bila dapat result CGPA 4.00..dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan..above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan : “ saya baru mula kerja..banyak masa untuk settle down…perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja..lagi pun majikan dah warning…kena buat akujanji pula…Saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah..kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisyen…tiap-tiap bulan kena pergi meeting..sibuk…nantilah dulu bila saya free…tahun nie ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)..nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja…”

Bila dah berumur 25 tahun..mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula : “ Saya baru kahwin..banyak problem…baru nak sesuaikan hidup berkelamin…nak cari chemistry dengan isteri..kami tak pernah kenal sebelum nie..maklumlah lain-lain universiti..ana belajar abroad…zaujah cuma kat UPSI…zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk die..keluarga pun penting..Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu…mertua pula bising kalau asyik keluar..(kalau orang perempuan)..suami tak izinkanlah..taat pada suami tu kan penting…tanggungjawab perempuan ialah kat rumah..sibuklah…nanti bila family dah stabil…saya involvelah…

”Setelah beberapa bulan berlalu..isteri disahkan mengandung..Dia mula berkata : “ orang rumah dah mengandung..tadi pi check doktor..kesihan nak tinggal-tinggalkan dia…kena jaga hati dia..zaujah ana nie sensitif..cepat terasa dan merajuk…lagi pun nie first baby..kenalah jaga elok-elok..tiap-tiap hari kena ambik orang rumah… ada appointment dengan doktor…kena pi hantar ke tempat kerja dia..sekarang perut dia dah besar..dah tak boleh buat kerja rumah..nanti muntah-muntah…kalau apa-apa nanti susah…masih sibuk…tunggulah selepas bersalin…baru saya pi usrah…”

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “ Ada baby kecil, saya dah jadi bapa..rasa berat dan banyak tanggungjawab..kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby..malam pun tak cukup tidur…anak kerap menangis…bila anak sakit…tak ada siapa jaga…saya kena bagi perhatian..kalau tidak nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak..malulah…nnanti dah settle semua nie..ana pi lah…

”Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program, attend usrah d ia menjawab : “ perlu masa lebih kat keluarga…anak-anak nak membesar..gaji tak cukup..kena kerja lebih..ambik kerja lebih masa (OT)..nak bagi nafkah kat keluarga..ini pun wajib…tak pa lah…tunggu saya dah free dari semua nie..saya joinlah..”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata ; “ nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak..dia pilih kawan yang tak baik…orang islam juga malu…kerja pun kena lebih..anak-anak nak masuk U, nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin…akak pun tak dapat kerja lagi… pening…pening…bagi saya langsaikan semua nie…nak fokus ini dulu…dah settle nie baru saya hadir…

”Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata ; “ saya dapat jawatan baru…banyak tanggungjawab dan makin sibuk…perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), saya baru sah gred DG 48 ( sektor kerajaan), sibuk memanjang..meeting sana meeting sini…semalam kat Putrajaya..hari nie kat Petaling Jaya…nak kena buat preparation…sibuklah…tunggu saya nak pencen…”

Bila umur dah cecah 40 tahun..dia berkata pula: “ doktor dah sahkan saya sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout…takutlah…kena rehat dan jaga kesihatan…tak boleh buat kerja berat-berat…badan tak berapa sihat dan kuat…hujung minggu buat terapi..hemodialisis… rasa tak cukup rehat…nanti dululah…kirim salamlah kat teman-teman…

”Bila sudah pencen, dia berkata: “ Ish ..rasa lapang dari kerja…nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik…saya dah ada dua cucu…bila pencen pulak…dapat Jusa C..kawan-kawan pun tak dapat lagi…dakwah nie kerja orang muda-muda..korang orang muda-muda…korang buatlah…saya dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

ada pula yang berkata: “ Malulah, buat kerja ni…tak biasalah…masa kat U tu..ada lah join sikit-sikit…tapi dah lama tinggal dah…rasa segan pulak…macam tak cukup ilmu…nak ajak orang lain pun malu…keluarga sendiri pun tak betul…macam mana nak dakwah pada orang lain…releklah dulu…”

Fikir-fikirlah…sampai bila nak berada dalam zon masalah…sampai bila nak berhujah…Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal. Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

Manakah yang lebih baik – Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya..???

Sampai bila nak bagi alasan lagi…wahai sang Da’ie

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan allah dengan sebenar-benar jihad…”

syukur!

alhamdulillah
internet kembali ok
boleh sambung berceloteh!

Monday, September 28, 2009

keluar ngn mereka!

date: 26 sept 09
mereka are ; takip,naquib,bee,salleh,yazid,arip n aku..
vanue ; midvalley
time ; 11.30 to 5.30
activities ;
* lunch at subway * dessert baskin robbin * lepak at starbuck kafe * makan big apple * having havoc chitchat * snap2 picta! * window shopping
absolutely fun incredibly happy smile. frenz 4eva

2S

sengal + sabar
internet selow!
banyak bende nak dicerita
berokben lembab
harap maklum,followerku~

Monday, September 21, 2009

raya!


i hope this raya will be the best ever for me.tahun depan mayb raya tanta, egypt sorang2!sob3!


Friday, September 18, 2009

sedih.ramadhan.aku


salam
pejam celik pejam celik..
dah 29 Ramadan lah wei
i think,dis is da worst ramadhan
i ever had..
sumpah!!
dah kurang penyeri ramdhannye..
almaklumlah..
kehidupan di universiti..
bukan macam kat maktab dulu..
semangat teraweh (tuh pon sbb wajib)..hihi
ade tadarus..iftar jamaie.
majlis ilmu dan macam2 lagi!!
diharapkan,ramadhan tahun depan
lebih indah dr tahun nih~
amin!!
ramadhan inilah sepatutnye
bulan mengumpul pahala..
tapi..apekan daya.
Ya Allah,terimalah ibadah sepanjang
bulan ramdhan yg mulia
hambamu yg lmah ini.
amin!!

flight aku tunda!!


alhamdulillah..
seronoknye..
fligt aku ke tanta,egypt telah pun
ditunda lewat 3 hari
ptg tadi,
kerani medicmesir tuh telefon.
die kate ade perubahan tarikh penerbangan.
aku ingat diawalkan..
rupenye dilewatkan
sepatutnye 4 oct 2009
di ubah kepada 7 oct 2009!

yeay!!

boleh beraya lebih..
kutip duit,,
erk!
ade ke org nak bg aku duit raye??
dah besa dah kuwt
haha

Thursday, September 17, 2009

ak.lawat.merbok!

salam.tak sabar aku nak ctew pasal ni.ehehe.kalo korang nak tau, shahan,pedot n aku gerak ke maktab pada tanggal 15 sept 2009.serius terubat rindu kami yg giler kat maktab. almaklumlah.maktab kesayangan kami tuh.MERBOK NO 1..hehe.kedatangan kami di sambut gumbira oleh bonda pengetua.beliau amat terharu kami datang lawat merbok.dalam kesempatan itu,kami berborak ngan bonda.nak dekat 40 minit jgaklah.banyak lah cerita baru ttg merbok dan pelajarnye yang kami baru dengar drpd beliau.lagi2 pasal disiplin.penin gaklah kepala bonda pengetua pikirkan telatah anak2 merbokianz.diharapkan bonda tabah mengarungi dugaan tersebut.amin.

lepas tuh kami jumpe cikgu ipin,cikgu rahim,ummi suzana,ustazah aisyah(beliau insyaallh akan berpindah ke uitm merbok sbgi pensyarah,tahniah!),ustaz omar,cikgu rizal,cikgu azani,cikgu razmi,cikgu azwan,cikgu fatma,cikgu adila,cikgu suniza,cikgu nurul,cikgu siti zabedah,cikgu mazlan,mr nizam dan isterinya,cikgu faizah... haha.serius.satu pon tak lebih n tak kurang.aku masih ingat cikgu2 yg kami jumpe.tak smpat jumpe semua cikgu.sbbnye,merbok tgah musim peperiksaan.sesetengah guru yg lain ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan.aku mintak ampon n suruh mereka doakan kejayaan aku di tanta nnt.ehhe.mutasyakkir awi li antum!

petang itu pula,kami keluar dr maktab,dengan tujuan nak ke Kolej MARA Kuala Nerang.tapi..tak tau nak pegi naik ape.last2,kami decide naik teksi.cube teka berapa harga tambang teksi dr pintu pagar merbok ke pintu pagar kolej mara kuala nerang??haha.jeng3..RM100..hehe.mula2 fikir,alamak,pokai lah duit aku.melayang ke pakcik teksi.tapi!!nasib baik shahan belanje penuh tambang tuh..yaeayy.selamat duit aku.credits to shahanshah!setibanye di sana,dapatlah jumpe kawan2 yg blja kat sana.antaranye,anis asfandi,khairuddin,ilmi,zamri,taufiq,amirul,fauzi dan ramai lagi.seriis ramai ex merbokianz kat sana!!rindu mereka.

dah nak dekat buka tuh,kami pegi bazar ramadhan kuale nerang.beli juadah berbuka.aku beli nasi ayam,murtabak n air kelapa.hanya fauzi n mirul je join kami g bazar.coppp!!!sumpah matrik skema gila.ini true statement!hehe.nak kua outing pon kene buat surat.pastu siap tandatangan kad outing lagi.ingat maktab ke??hahha.maaflah kawan2 yg terasa tuh.aku kat uitm idop bebas!alhamdulillah tak masuk KMPP arituh.hehehe.

malam tuh plak,kami rancang pulang ke maktab semula.tido sana.yeay!!best3.kalo ade rezki,aku nak datang sana lagi..banyak memori ouh..saya pasti,merbokianz first batch sume rasa begitu.hehe.mula2,pengetua kate,kami boleh tidur kat bilik sakit.tibe2,bilik sakit kunci..adeh.nak tido mana nih.takkan nak tido tingkat 3 kot.sbb sume katil2 kat asrama tingkat 3 dah takde tilam.warden baru punye arahan.so,kami takleh nak wat ape2 lah.so.malam itu,kami decide nak tido kat surau.heee.

a
ku malas nak tido surau.sbb aku nak jumpe adek2 junior aku kat asrama tuh.da lama tak jumpe mereka.rindu3.malam tuh borak2 ngatan budak form 3.pasal warden baru baru.pasal cikgu2 baru.pasal senior2 baru.seronok.lama tak layan budak2.teringat mase jadi bwp dulu.rajin jumpe budak2 dengar masalah mereka.tapi malam tuh tak tido pon.sbb budak2 fom 3 kecoh main kad UNO.takkan aku nak sound mereka plak.ape lah hak aku sbgai penumpang maktab mereka.haha.lepas tuh bgn sahur.tapi kami tak makan,as usual,ikan jaket.haha

L
epas budak2 sume grak ke dataran utk morning call,aku dan shah tido semula.pedot plak main game bola kat leptopnye.aku ngntuk sgt.lgpon,buat ape nak bangun awal2.bukan kene jadi .haha.kami tido dalam bilik tv.takkan nak tido kat katil dorang plak.nnt kalau ade kecurian sape plak sssah.dalam kul 7.50 pg,kami pon bangon.mandi2.makan2.eh.puasa.lupa plak.

sebelum balik,kami pon pergi pejabat.jumpe ngn bonda pengetua.kami ucapkan terima kasih kat bonda sbb bagi kebenaran kat kami tumpang tidur kat sini.utk merbokianz first batch,kalau korang nak datang maktab,datang je.jgn segan2.pengetua alu2kan kehadiran korang!!cikgu2 semua rindu korang sume.batch kesayangan cikgu lah kata katakan.hhaha.mase kami on the way ke pondok pak guard dr pejabat,tibe2 aku ternampak cikgu mior.aku lari jap kat die.cikgu bio kesayangan aku.hehe.aku sempat gk suro die doakan aku kat mesir nnt.wee.tenkiu cikgu.

seperti yg dijadualkan,bus aku ke Kuala Lumpur,pada kul 9.30 pagi.so.aku cepat2 rushing ke perhentian bus ekspress sungai petani.dan pulang ke rumah dengan perasaan gembira!!sampai kl dalam kul 3 ptg.dan amek ktm pulang ke rumah!!buka puase.fullstop!

ahlan wasahlan tanta,mesir!




mulai 11 october 2009 akan datang,
aku akan bergelar,
medical student tanta university,egypt!
insyaallah~

alamatnye,


FACULTY OF MEDICINE,
TANTA UNIVERSITY,
EL GIESH STREET,GHARBIA,
TANTA,EGYTP.


utk tahun pertama sana,
aku kene belajar 4 subjek.
  • medical biochemistry
  • histology
  • anatomy
  • physiology

seperti biasa,doakan kejayaan saya!

sedikit tentang Tanta,Egypt..

Tanta is Egypt's fifth largest city (the largest in the Delta) and is located 94 km (59 miles) north of Cairo and 130 km (81 miles) southeast of Alexandria, in the heart of the Gharbiya province. It is that governorate's capital. There are about 335,000 people in Tanta and a major university is located here. Tanta is reached by the Damietta branch of the Nile and northwest and by way of Birket el-Sab







aku keluar UiTM!!!


assalamualaikum.

yeyyy..secara rasminye,

aku dah berhenti dr UiTM Shah Alam

dah tak bergelar budak asasi sains da..

sebab ape??

tak lama lagi aku dah nak terbang

ke tanta, egypt!!

ta sabar..

aku berlepas pada 4 oct 2009..

mase hari jadi aku tuh..

jgn lupe wish!!(ta malu)


kat sana,

aku akan menyambung pelajaran

dalam bidang medic

doakan anep berjaya!

cuak gak kalo difikirkn aku

amek medic

tapiiii

dah minat n di sponsor oleh

Majlis Agama Islam Selangor (mais)

dan Syarikat FAMA (father n mother)

hehehe


barang2 on the way nak pack

ade yg blom beli~

adehh


itu sahaja!!

daa~

salam!

Sunday, September 6, 2009

sayang!

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com


Wednesday, September 2, 2009

bendera malaysia dibakar oleh indon!



hmm,nilailah sendiri..
adakah aanda maseh nak berdiam diri??
heeheehe
politik2..

Monday, August 31, 2009

creds to nafir!!


assalamualaikum.credits to abg nafir yg telah postkan perihal daku dalam blognye
yg bertajuk mabrouk buat anep!..
nak tau??klik sini..

Sunday, August 30, 2009

menarik!!

4 International Colleges & Universities

klik sahaja~

Saturday, August 29, 2009

ramadhan!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, August 18, 2009

ramadhan????

pejam celik pejam celik..
dah nak puase dah!!
menandakan nak raya!!
hahaha

bestnye puase..
lagi sminggu nak puase!
yeay~

tak sabar nak berbuka ngn rumate baru!

jgn lupa;
tingkatkan amalan dibulan ramdhan~
puase penuh tau bagi yg mampu
(sape tak puase tade duit rayaaaa.padan muka)~
kutip pahala banyak2!!

marilah kita saling mengingati..
renung2kan..
selamat beramal!!
peace!
=p

updates!!!

salam
dah lame tak update blog neh
dah bersawang.
hahhahaa
hmmm~
first of all,
aku hepi idup kat uitm neh
dah nak dekat 3 bulan aku kat uitm
sangat2 gumbira
banyak bende menarik
tapi!!
yag tak best nye wifi sgt lembab dalam
bilik aku~

itu sahaja!!
hahaha~
peace!

Friday, July 24, 2009

lagu febret..

Artist : The Lucky Laki
Lirik Lagu : The Lucky Laki - Bukan Superman

The Lucky Laki - Bukan Superman

Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki2 tak boleh nangis
Harus selalu kuat
harus selalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta buat aku menangis

Reff: Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmataku
Kata ayah s’lalu
Airmata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata airmataku
Ternyata jatuh juga . . . . .

(kembali ke Reff)

Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis

Masih belum bisa
Menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji
tuk tidak lagi
Menagis karna cinta

(kembali ke Reff 3x)

Saturday, June 6, 2009

kehidupan baru!!

hey!!
datangku ingin menbawa cerita2 baru
hahaha

kali nih nak ctew pasal kehidupan
kat tempat baru
iaitu UiTM Shah Alam..
heee!!

rasenye,
sume org dah tau,
yg mana,kehidupan kat U nih
agak mencabar!!!
tak semencabar di matrik..
seriusly betul!!
kalo kat matrik,
enviroment die same je
macam kat maktab dulu..
stiap ari ade kelas wajib.
kul 8 hingge 4 ptg.
correct me if im wrong!=p
there is no specific rules kat U..
nak buat ape,buat lah!!
nak balik kolej ke tak??
sukati lah~
hehehe

kemerepekanku bermula!!
yeay!!

mula2 nak citew pasal fakulti ku,
Fakulti Sains Gunaan,FSG
heeee
fakulti die agak jawoh
dr kolej perindu(hostelku)
aku jalan kaki,
mngmbil masa 15 minit!!
penat weii
mendaki bukit plak tuh
bukannye tanah rata!!
heeee
kalo dah mendaki,
mesti lah berpeluh2!!
yaksss!!
sampai kat fakuti je,
msti basah lencun baju bhgian blakang
tepakse carik tempat santai berkipas
nak keringkan!!hahaha..
mula2 agak segan,
tapi bukan aku sorang yg lencun!!
semua lencun!!
haha
macam lpas bersukan~
so,
terpakse lah datang kelas 30 minit awal
kalo tak,
masuk kuliah,busukkkkkkk..
weee!!

kami gi makan kat DC..
ape itu DC???
Dataran Cendikia.
hehe
name glamer die,
Dataran Cinta,,
haha!!
mana taknye,
bersepak laki pompuan
eat together2..
makan tempat terang!!
n gelap!!!
heeeeeee~
nak gi DC pun satu hal,
kene berjalan kaki 20 minit!!
ape lagi!!
lencun juga baju ku!!
hehe
sampai2 DC,
aku n kawan2 aku slalunye
masuk kat bilik ATM Baik Islam dulu!!
nak amek aircond!!
hahaha
best3~
mase malam pertama daftar,
merbokianz buat reunion dowh!!
ramai ade!!
dalam 20org gak yg ade!!
hehe

pasal ape lg nak merepek??
pasal kelas plak!!
hehe
aku kelas 4..
jadual kelas sgt tak pack!!
satu hari lecture hanye 1 or 2 sbjek je
then balik!!
kelas bukannye stat pagi hari2
ade petang,
ade tengahari..
tapi best gak kelas petang!!
boleh bgun lmbt pagi tu
yeayyy!!!
klasmet sume ok!!
sume budak2 yg hebat2 blake..
mostly,dr sbp n mrsm..
skola harian skit sgt!!
heeee
kat kelas ade 44 org termasuk aku
laki 16 org asenye..
heeee
best3!!kwn2 baru..

ape lg nak citew?
emm
len kali lah!!
penat lah menaip!!
hahaha
papai~
to be continued~
=p