CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
exceeding limitation beyond expectation.aiming for mumtaz in order to be a successful muslim doctor!

PERHATIAN!

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

kotak membebel~

Wednesday, September 30, 2009

sampai bila nak bg alasan??

Salam perjuangan buat para sahabat!!!

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam & tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu & teman seperjalanan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja : " Mahukah anda bersama-sama saya mengemudi perjuangan bersama dengan kafilah dakwah ??? "

Kata anak muda yang masih belajar : “ nanti dulu , saya baru daftar universiti, saya nak fokus study. Belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama. Nak bantu family. Exam dah dekat.. Banyak assignment.. Saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab & malas. Lagipun saya sibuk laa..mak ayah tak izinkan…bila saya graduate nanti saya join la dakwah nie…”

Bila dapat result CGPA 4.00..dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan..above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan : “ saya baru mula kerja..banyak masa untuk settle down…perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja..lagi pun majikan dah warning…kena buat akujanji pula…Saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah..kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisyen…tiap-tiap bulan kena pergi meeting..sibuk…nantilah dulu bila saya free…tahun nie ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)..nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja…”

Bila dah berumur 25 tahun..mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula : “ Saya baru kahwin..banyak problem…baru nak sesuaikan hidup berkelamin…nak cari chemistry dengan isteri..kami tak pernah kenal sebelum nie..maklumlah lain-lain universiti..ana belajar abroad…zaujah cuma kat UPSI…zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk die..keluarga pun penting..Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu…mertua pula bising kalau asyik keluar..(kalau orang perempuan)..suami tak izinkanlah..taat pada suami tu kan penting…tanggungjawab perempuan ialah kat rumah..sibuklah…nanti bila family dah stabil…saya involvelah…

”Setelah beberapa bulan berlalu..isteri disahkan mengandung..Dia mula berkata : “ orang rumah dah mengandung..tadi pi check doktor..kesihan nak tinggal-tinggalkan dia…kena jaga hati dia..zaujah ana nie sensitif..cepat terasa dan merajuk…lagi pun nie first baby..kenalah jaga elok-elok..tiap-tiap hari kena ambik orang rumah… ada appointment dengan doktor…kena pi hantar ke tempat kerja dia..sekarang perut dia dah besar..dah tak boleh buat kerja rumah..nanti muntah-muntah…kalau apa-apa nanti susah…masih sibuk…tunggulah selepas bersalin…baru saya pi usrah…”

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “ Ada baby kecil, saya dah jadi bapa..rasa berat dan banyak tanggungjawab..kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby..malam pun tak cukup tidur…anak kerap menangis…bila anak sakit…tak ada siapa jaga…saya kena bagi perhatian..kalau tidak nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak..malulah…nnanti dah settle semua nie..ana pi lah…

”Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program, attend usrah d ia menjawab : “ perlu masa lebih kat keluarga…anak-anak nak membesar..gaji tak cukup..kena kerja lebih..ambik kerja lebih masa (OT)..nak bagi nafkah kat keluarga..ini pun wajib…tak pa lah…tunggu saya dah free dari semua nie..saya joinlah..”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata ; “ nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak..dia pilih kawan yang tak baik…orang islam juga malu…kerja pun kena lebih..anak-anak nak masuk U, nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin…akak pun tak dapat kerja lagi… pening…pening…bagi saya langsaikan semua nie…nak fokus ini dulu…dah settle nie baru saya hadir…

”Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata ; “ saya dapat jawatan baru…banyak tanggungjawab dan makin sibuk…perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), saya baru sah gred DG 48 ( sektor kerajaan), sibuk memanjang..meeting sana meeting sini…semalam kat Putrajaya..hari nie kat Petaling Jaya…nak kena buat preparation…sibuklah…tunggu saya nak pencen…”

Bila umur dah cecah 40 tahun..dia berkata pula: “ doktor dah sahkan saya sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout…takutlah…kena rehat dan jaga kesihatan…tak boleh buat kerja berat-berat…badan tak berapa sihat dan kuat…hujung minggu buat terapi..hemodialisis… rasa tak cukup rehat…nanti dululah…kirim salamlah kat teman-teman…

”Bila sudah pencen, dia berkata: “ Ish ..rasa lapang dari kerja…nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik…saya dah ada dua cucu…bila pencen pulak…dapat Jusa C..kawan-kawan pun tak dapat lagi…dakwah nie kerja orang muda-muda..korang orang muda-muda…korang buatlah…saya dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

ada pula yang berkata: “ Malulah, buat kerja ni…tak biasalah…masa kat U tu..ada lah join sikit-sikit…tapi dah lama tinggal dah…rasa segan pulak…macam tak cukup ilmu…nak ajak orang lain pun malu…keluarga sendiri pun tak betul…macam mana nak dakwah pada orang lain…releklah dulu…”

Fikir-fikirlah…sampai bila nak berada dalam zon masalah…sampai bila nak berhujah…Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal. Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

Manakah yang lebih baik – Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya..???

Sampai bila nak bagi alasan lagi…wahai sang Da’ie

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan allah dengan sebenar-benar jihad…”

0 org dengki: